Tuesday, September 21, 2010

Tanda lelaki benar-benar jatuh cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Khai dah 100% okie..

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.HARGAILAH MEREKA

Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…

Tips hadapi...Fitnah

aku ada terbaca artikel dari blog sorg hamba Allah mengenai Fitnah. So,to those yg sering d'fitnah atau memfitnah, sama2 lah kita baca n muhasabah diri..

Salam, Saya bukanlah orang yang benar-benar berpengalaman atau cerdik pandai seperti para sahabat r.a. Tetapi saya nak berkongsi pengalaman bagaimana menghadapi fitnah. Fitnah adalah suatu tuduhan palsu. Ianya tak benar. Kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang membangkitkan rasa marah membuak-buak, rasanya kalau jumpa sumber fitnah tu, nak aje kita luku kepala dia sampai lumat. Dan macam-macam reaksi orang terhadap fitnah sebab Allah SWT menganugerahkan kita suatu kurnia yang disebut gharizatul baqa' (survival instinct). Dengannya kita mempertahankan status diri, jika kita benar mengapa perlu dibiarkan kepalsuan, jika kita tinggi mengapa biar kita dijatuhkan, jika kita mulia mengapa biar kita dihina.. demikianlah peranan gharizatul baqa', suatu potensi hidup (thaqatul hayawiyah) yang Allah ta'ala anugerahkan kepada setiap manusia. Bila difikir-fikirkan, rupa-rupanya ada beberapa teknik menghadapi fitnah. Boleh jadi ia berkesan, boleh jadi ia menjadi semakin menyeksakan. Antaranya,




1. Masuk kandang bersalah (defensif);

teknik ini sering kali digunakan oleh pihak yang suka memanjangkan kes. Misalnya dulu ketua turus angkatan tentera Thailand pernah menuduh Malaysia sebagai sarang pengganas, melatih mereka di gelanggang latihan di Kelantan (kalau tak silap). Ketika itu Najib memegang portfolio menteri pertahanan, dalam reaksinya kepada fitnah tersebut dia menjawab, "BUKTIKAN!" Hahaha.. dengan kenyataan tersebut secara tak langsung Malaysia masuk kandang bersalah dan minta dibicarakan. Dan dengan teknik ini,kadang-kadang yang tak bersalah boleh dijatuhi bersalah. Prosesnya semakin rumit dan rumit. Teknik ini popular dikalangan pemikir dangkal!



2. Serang balas;

teknik ini agak aggresif. Pihak yang difitnah benar-benar tak redha dan mengambil pendirian untuk tidak berdiam diri. Teknik serangan boleh jadi termasuk teknik defensif (seperti diatas) atau teknik offensif. Boleh pula offensif berlaku dalam dua keadaan; serangan fizikal seperti ambil kayu ketuk kepala tukang fitnah dan seumpamanya atau serangan secara psikologi seperti mengeluarkan kenyataan berbentuk offensif.



3. Buat 'derk' je (buat dono);

teknik ini agak susah untuk diapply, hanya orang yang hatinya keras macam batu saje yang berjaya gunakannya. Lagipun boleh jadi ia tidak syarie sekiranya fitnah berlaku diantara kaum muslimin. Jika orang-orang kafir yang mencetuskan fitnah terhadap Islam dan kaum muslimin, maka teknik ini boleh digunakan sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan sepertimana keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. dizaman awal dakwah (di Mekkah). Namun sekiranya telah ada kekuatan (tentera) seperti era kebangkitan Khilafah pasca hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, maka wajar orang-orang kafir diperangi sehingga tidak wujud fitnah terhadap Islam. Manakala jika ia melibatkan fitnah antara kaum muslimin, maka perlu ada pihak yang membetulkan keadaan sehingga fitnah itu padam. Ini adalah sebab kaum muslimin saling memuhasabah sesama sendiri dalam konteks amar maaruf, nahiy mungkar dan sikap saling berkasih sayang. Kita diharamkan menanam sikap assobiyyah dalam diri kita; "Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah yang dikatakan assobiyyah? Jawabnya, bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman" [HR Abu Daud dari Watsilah bin Asqa] Maksudnya, kalau kita nampak saudara (seIslam) kita buat salah (zalim) maka wajib kita hentikannya.Kalau buat dono, nanti terkena dosa bersyubahat, na'uzubillahi min zaalik.



Saya senaraikan semula teknik menghadapi fitnah :

1. Defensif - buktikan !

2. Ofensif - serangbalas ( kenyataan ilmiah atau jahatnya fitnahkan kembali )

3. Pasif Ikut Keadaan - buat derk masa lemah dan ofensif bila mampuSaya nak tambah satu lagi,

4. Sabar - serah pada Allah terus.Yang saya maksudkan ialah SABAR KETIKA MENGHADAPI FITNAH SAHAJA. Bukan duduk diam jika diserang secara fizikal dan bukan buat tak tau kalau berlaku kezaliman depan mata.

Saya telah menempuh fitnah sejak berumur belasan tahun lagi. Kemudian saya menempuh fitnah ketika belajar, bekerja dan dalam perniagaan. Yang paling mengerikan adalah fitnah semasa bekerja. Mereka tak takut balasan dunia dan akhirat agaknya.FITNAH ADA 4 HALA:1. KITA DIFITNAH ( kita jadi mangsa )2. KITA DIKUNJUNGI JURU FITNAH3. KITA MEMBAWA FITNAH ( percaya dan membuat keputusan darinya )4. KITA MENYAMBUNG FITNAH ( percaya dan menceritakan pada yg lain )



SIAPA YANG PALING MALANG?Yang menjadi mangsa fitnah dan terpaksa mendengar fitnah tidak berapa malang. Jika kita sabar, insyaallah mendapat pahala dan membersihkan dosa. Yang paling malang adalah JURU FITNAH, MEMBAWA FITNAH dan MENYAMBUNG FITNAH.Mereka bertiga bankrap di akhirat dan sangat lama dalam api neraka. Di dunia lagi pelbagai bala akan ditempuhi mereka jika mangsa adalah orang yang rapat dengan Tuhan.



CARA MENGELAK DARI DIFITNAH

1. Untuk mengelakkan diri kita dari menjadi bankrap akhirat dan mendapat sial di dunia, seharusnya kita mengelakkan perkumpulan yang ramai kaki fitnah.

2. Jika sampai juga siaran fitnah pada diri kita, PERIKSA TERLEBIH DAHULU. Jangan melulu. Sabar.

3. Elakkan lubok maksiat dan elak dari suasana yang Tuhan benci.

4. Meminta perlindungan Tuhan ; Membaca Doa Pagi dan Doa Petang ; Ayatul Kursi semasa keluar dan masuk rumah ; Ayat Tawakkal semasa keluar rumah ; Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 3 kali sebelum tidur5. JANGAN jadi Juru Fitnah, Membawa Fitnah dan Menyambung Fitnah.



CARA MENGURUS JIKA DI-FITNAH

Telah diterangkan di atas.Dan tambahan saya serta pilihan saya pula adalah SABAR. Banyak berdoa pada Tuhan. Cari jalan keluar. Minta nasihat dari sahabat-sahabat yang baik amalnya dan ulama yang disukai. Fikir baik-baik. Banyak doa-doa baik dalam rumi dan jawi yang telah dinukilkan oleh Ustadz Insani, Sis Bawang Goreng, Bro Akob dan Bro Nawawi.Baca blog mereka dan rujuk dengan mereka. Contohnya ialah ;Allahumma ini a 'uzubika minal hammi wal hazan .....seterusnya;Allahumma farijal hammi wa kashifal ghammi ...seterusnya;Allahumma ajurni fi musibati wakhluf li khairan-minha;La ila ha illa anta subhanaka, inni kuntu minadzalimin ;Hasbunallah ....seterusnya